languran

Dialog Nabi SAW dengan iblis

Posted In: . By langurangroup

Telah diceritakan bahawa Allah S.W.T telah menyuruh iblis datang kepada Nabi Muhammad s.a.w agar menjawab segala pertanyaan yang baginda tanyakan padanya.

Pada suatu hari Iblis pun datang kepada baginda dengan menyerupai orang tua yang baik lagi bersih, sedang ditangannya memegang tongkat.
Bertanya Rasulullah s.a.w, "Siapakah kamu ini ?"
Orang tua itu menjawab, "Aku adalah iblis."
"Apa maksud kamu datang berjumpa aku ?"
Orang tua itu menjawab, "Allah menyuruhku datang kepadamu agar kau bertanyakan kepadaku."

Baginda Rasulullah s.a.w lalu bertanya,
"Hai iblis, berapa banyakkah musuhmu dari kalangan umat-umatku ?"
Iblis menjawab, "Lima belas."
1. Engkau sendiri hai Muhammad.
2. Imam dan pemimpin yang adil.
3. Orang kaya yang merendah diri.
4. Pedagang yang jujur dan amanah.
5. Orang alim yang mengerjakan solat dengan khusyuk.
6. Orang Mukmin yang memberi nasihat.
7. Orang Mukmin yang berkasih-sayang.
8. Orang yang tetap dan cepat bertaubat.
9. Orang yang menjauhkan diri dari segala yang haram.
10. Orang Mukmin yang selalu dalam keadaan suci.
11. Orang Mukmin yang banyak bersedekah dan berderma.
12. Orang Mukmin yang baik budi dan akhlaknya.
13. Orang Mukmin yang bermanfaat kepada orang.
14. Orang yang hafal al-Qur'an serta selalu membacanya.
15. Orang yang berdiri melakukan solat di waktu malam sedang orang-orang lain semuanya tidur.

Kemudian Rasulullah s.a.w bertanya lagi, "Berapa banyakkah temanmu di kalangan umatku ?"

Jawab iblis, "Sepuluh golongan :-

1. Hakim yang tidak adil.
2. Orang kaya yang sombong.
3. Pedagang yang khianat.
4. Orang pemabuk/peminum arak.
5. Orang yang memutuskan tali persaudaraan.
6. Pemilik harta riba'.
7. Pemakan harta anak yatim.
8. Orang yang selalu lengah dalam mengerjakan solat/sering meninggalkan solat.
9. Orang yang enggan memberikan zakat/kedekut.
10. Orang yang selalu berangan-angan dan khayal dengan tidak ada faedah.

"Mereka semua itu adalah sahabat-sahabatku yang setia."
Itulah di antara perbualan Nabi dan iblis.
Sememangnya kita maklum bahawa sesungguhnya Iblis itu adalah musuh Allah dan manusia.
Dari itu hendaklah kita selalu berhati-hati jangan sampai kita menjadi kawan iblis, kerana sesiapa yang menjadi kawan iblis bermakna menjadi musuh Allah.
Demikianlah sebaliknya, sesiapa yang menjadi musuh iblis bererti menjadi kawan kekasih Allah.

Salam 1430 hijrah....

 




assalamualaikum...


Kita jumpa lagi. Dah dua bulan aku tak memancing. Minggu depan baru turun kali.


Aku ada letak gambar ikan yang kawan aku dapat. di sungai Bumbun, Kampung Awat-awat.


Dia pakai umpan udang hidup. Kalau air cun mesti belurih. Ikan yang putih tu namanya "andapong" dekat 2 kg katanya. Yang hitam tu kerapu, yang satu tu ikan merah.

 

more picture from class and ubf camp

Posted In: . By langurangroup


atas kiri : 2 orang sedadu
atas kanan : waktu mr gan
tgh kiri : lun tau
tgh kanan : angka nganu?
bwh sekali : tuai rumah ambi dan anak buah














 

skm nov-dec08

Posted In: . By langurangroup


ni gambar masa subjek Pendidikan Jasmani.
setiap group present permainan yang di ubah suai.
boleh tahan

 

skm kdc

By langurangroup

Ade cikgu aku dulu “hei! Don’t click clack ur pen” …cukup terganggu dia mengajar katanya…mungkin dia betul…ntah…kawan-kawan aku kebanyakkan tak suka dengan sifatnya……..”let me finish first” satu lagi ayat lain lagi yang kurang enak kami dengar…………
So, apa pendapat engkau tentang cikgu macam ni………
Bagi aku pen jenis ni dah berapa puluh tahun (dari kita pandai pegang pen lagi) dah kita klik-klak-klik-klak pagi, petang siang dan malam.Pen yang takde tudung memang kite suke tekan bila tengah menulis, membaca mendengar dan sebagainya…sejak pen jenis ini dicipta, pelakunya seakan-akan mendapat keseronokan, melepaskan tekanan, bunyinya seperti muzik yang menyenangkan, senaman jari pun boleh.mm….pendek kata, ia sesuatu yang “ok” bagi aku..so, adakah bunyi klik-klak pen ini mengacau ketenteraman orang lain?..tidak bagi aku….engkau camana…
Jadi bila cikgu ni masuk kelas, banyak kawan kata….BORING…..yang “memancing” pun banyak termasuk lah aku….(tertidur la……) Dia telah seakan-akan membuat satu undang-undang, “DON’T CLICK CLACK UR PEN” masa dia dalam kelas…peraturan ini termasuk “let me finish first” tadi. Kebebasan dah tak ada, kebebasan yang dianggap untuk menyegarkan suasana kelas dah hilang. Ada pulak yang kata cikgu ni tak menggalakkan pelajar memberi pandangan dan sebagainya. Bila “ take 5” pegi tandas…”adoi…boring betol..” kawan aku banyak cakap macam tu.memang betol boring….
Tapi bila aku fikir balik peraturan tak rasmi tu, rasanya cikgu aku membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum buat peraturan tu…secara logik dan praktikal, dia lebih berpengalaman dari kami, Master pun dari luar negeri. Segala tuturnya semua masuk dalam telinga pelajarnya dari ayat pertama hingga akhir…sebab takde orang menyampuk sebelum dia habis cakap….ada jugak baiknya…
Sebagai pelajar, suka atau tidak, kena ikut irama dan lagu orang yang in-charge..hehehe…setiap kejadian ada hikmah. Makna kata, ada sesuatu kejadian atau hasil atau natijah yang baik akan berlaku kepada kita bila sesuatu perkara kita hadapi………mungkin sekarang kita belum faham tapi aku yakin sampai masa nanti kita akan dapat tahu…
SABAR……………….

“sesungguhnya dalam dirimu terdapat dua hal yang Allah menyukai keduanya itu, iaitu Al-Hilm dan Al-Anaatu (Sabar dan tenang)” (hadis riwayat Muslim)