languran

MAK TAK SUKA

Posted In: . By langurangroup

"Seorang anak muda sedang berbincang dengan ibunya dan berterus terang yang dia telah jatuh cinta dan ingin segera berkahwin..

Anak : "Mama.. Saya akan membawa kemari tiga orang gadis cantik dan hendak mama teka yang mana yang akan menjadi menantu mama.."

Maka pada hari berikutnya dia pun membawa ketiga gadis cantik yang di janjikan itu.. Ketiganya di persilakan duduk di atas sofa sambil berbual.. akhirnya si anak bertanya pada mamanya..

Anak : "OK.. Mama tekalah siapa yang akan menjadi menantu Mama"

Mama : "Yang berambut perang dan duduk di tengah"

Anak : "Menakjubkan sekali.. pilihan Mama tepat.. bagaimana Mama tahu?"

Mama : "sebab Mama paling tidak menyukainya!"

 

BERITA

Posted In: . By langurangroup

Berita baik merangkak perlahan, berita buruk pantas berlari

 

MAMAK DAN KPDN

Posted In: . By langurangroup

(Sekadar selingan isu kenaikan harga minyak)

Al-kisahnya pegawai KPDNHEP datang ke gerai seorang mamak teh tarik. Hajatnya nak memantau harga barangan sejajar dengan isu kenaikan harga minyak baru-baru ini. Tak semena-mena pegawai itu menegur mamak itu, "apasal awak naikkan harga teh tarik awak? Dulu saya dengar RM1, sekarang RM1.30, ada betul ka?"

Mamak dengan muka selama menjawab dengan gaya mamaknya:

"Itu betul tapi dengar dulu penjelasan saya. Saya naikkan ini ada sebab. Sebab-sebabnya adalah seperti berikut:

1. Saya janji harga ini naik sekali sahaja dalam setahun. Harga ini tak akan naik-naik lagi dalam tahun ini.

2. Harga yang naik ini masih rendah berbanding dengan harga teh tarik negara Asean lain, contoh: Singapura

3. Itu 30 sen lebih saya dapat, saya mahu cover minyak kereta saya. Sekarang minyak sudah naik 30 sen. Saya mahu jalan pergi sana, pergi sini. Siapa mahu tanggung?

MACAMMANAPUN ini tidak boleh dielakkan. Saya sudah banyak menanggung beban!!!"

 

MANA LAGI SINGGIT?

Posted In: . By langurangroup

Disebabkan di sini banyak budak2 pandai... sajer aku nak tanyer siket ler.. Cuba baca situasi kat bawah nie... dan kalu buley.. selesaikan persoalan nie.. heheheh

3 orang mamat nie nak gi melancong kat satu lokasi menarik kat TERENGGANU. Maka jumper ler mereka satu chalet kat tepi pantai dengan sewa RM 30 satu malam. Di'tontong'ler sewa tu RM 10 sorang. Maka dipasnyer duit tu sebagai bayaran kat awek kaunter tue dan kembaliler diorang kat bilik yang disewa itu.

Tiba2 awek kat kaunter tue teringat ler bahawasernyer pada ari tue ada diskaun RM 25 jer satu malam. Di pasnya kat bell boy RM 5 lagi untuk dikembalikan kepada mamat 3 orang nie tadi..

Dijadikan citer, si bell boy nie pikiaq ler.. susah RM 5 nie nak dibahagi 3.. maka dia pong amikler RM 2 dan dipasnyer RM 1 kepada setiap mamat-mamat tue tadi... Ini bermaksud sorang bayar RM 9.. betui dak .. hmm..

Cuba kita kira balik..

RM 9 + RM 9 + RM 9 + RM 2 (yang bell boy tu amik) = RM 29

Patutnyer RM 30 ler... pasal duit tue dok pi mai pi mai tang tu gak.. Abih tue...

MANER PEGI LAGI SINGGIT !!!!!

 

STUDENT VS PROF

Posted In: . By langurangroup

After having failed his exam in "Logistics and Organization ", a student goes and confronts his lecturer about it.

Student: "Sir, do you really understand anything about the subject?"

Professor: "Surely I must. Otherwise I would not be a professor!"

Student: "Great, well then I would like to ask you a question.

If you can give me the correct answer, I will accept my mark as is and go. If you however do not know the answer, I want you give me an "A" for the exam. "

Professor: "Okay, it's a deal. So what is the question?"

Student: "What is legal, but not logical, logical, but not legal, and neither logical, nor legal? "

Even after some long and hard consideration, the professor cannot give the student an answer, and therefore changes his exam mark into an "A", as agreed.

Afterwards, the professor calls on his best student and asks him the same question.

He immediately answers: "Sir, you are 63 years old and married to a 35 year old woman, which is legal, but not logical. Your wife has a 25 year old lover, which is logical, but not legal. The fact that you have given your wife's lover an "A", although he really should have failed, is neither legal, nor logical ."

 

KEJAYAAN

Posted In: . By langurangroup

Bukannya mudah untuk berjaya kalau inginkan kejayaan haruslah ada ketekunan dan kesabaran dalam satu impian dan usaha yang kental dan mendalam,oleh itu haruslah sedar bertapa susahnya untuk mendapatkan sesuatu yang berada dihadapan,jika kejayaan itu dapat di capai ia jua merupakan satu kemenangan buat diri.Kesabaran pendorong utama untuk kejayaan tampa kesabaran kita tak mungkin akan melangkah satu demi satu tangga kejayaan,dalam setiap langkah untuk menuju kehadapan cara perlulah seiringan bagaimana untuk mengatur satu demi satu langkah,semangat kental yang mendalam akan mengajar kita erti susah dan payah walaupun sudah tersungkur dihadapan pintu kejayaan bangunlah dan teruskan sedarlah wahai kawan dimana ada usaha disitu ada kejayaan.

 

Penyebab datangnya rezeki adalah rasa syukur. Sedangkan penyebab semua rezeki ditarik adalah kufur (lupa diri).

Allah akan selalu menyediakan jalan kebaikan buat mereka yang bersyukur.

Sebaliknya, ada pula jalan keburukan yang Allah sediakan buat mereka yang lupa diri.

Tanda-tanda syukur itu mudah dilihat. Yaitu, bila beribadah hanya kepada Allah, berlaku benar, dan menjalin hubungan dengan orang lain secara baik.

Adapun tanda-tanda lupa diri adalah bila ibadah pada Allah berkurang atau malah tidak pernah beribadah, dan hubungan pada sesama insan tiada yang sebaik baiknya. Tingkat lupa diri ini semakin parah bila enggan bersedekah serta tamak.

"Bersyukurlah bila Allah mengingatkan. Mengingatkan dengan serangkaian kejadian yang mungkin dirasa tidak baik.

Mengapa? Sebab Allah menghendaki kebaikan. Allah Maha Merindukan hamba-hamba-Nya.

Ketika Dia mendapati hamba-Nya menjauh dari-Nya,

Allah akan mencari jalan agar hamba-Nya itu kembali.

'Dan Kami timpakan sebagian buruk akibat buruk perbuatan seseorang adalah agar ia kembali' (Q.S. As-Sajdah: 21)."

"Dan bila Allah masih mau memperingatkan kita, itu pertanda kita masih disayang Allah.

Bila kita saat ini sedang bermasalah, entah kita jatuh muflis, dikelilingi hutang, terkena penyakit, piutang tidak tertagih, sukar mendapat jodoh dan/atau belum punya keturunan, sedangkan kita tahu bahwa kita tidak begitu baik beribadah kepada Allah, dan tidak baik berhubungan dengan manusia... cubalah perbaiki dulu. Insya Allah, perbaikan hidup akan terjadi seiring dengan perbaikan diri. Dan, belum boleh dikatakan terlambat, kecuali ajal sudah menjelang.

Selama masih hidup, semua masih mungkin boleh dikejar dan diperbaiki... .

 

Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool's Day sebagai renungan bersama. Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang kebarat'.

Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri.

Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol.Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan.Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi ke perlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak.

Keesokan harinya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan.Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar.Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil.

Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia.Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.

Allah Maha Mengetahui

 

1001 Rahsia Dalam 7 Hari

By langurangroup

DALAM seminggu ada tujuh hari dan setiap hari tersimpan seribu satu rahsia dan peristiwa. Ada yang indah, manis, gembira, ceria dan tidak kurang diselubungi sedih dan kedukaan.

Sejarah Islam turut mencatat peristiwa menarik dan penting setiap hari yang boleh kita renung dan diambil iktibar bersama.

Antaranya:

Ahad � Allah menjadikan hari yang tujuh, anggota manusia yang tujuh, lautan dan bumi yang tujuh dan mencipta alam, bintang dan api neraka.

Isnin � Nabi Muhammad menerima wahyu pertama dan pada hari itu juga baginda wafat.

Selasa � Pembunuhan manusia pertama berlaku yang Habil dibunuh Qabil. Nabi Yahya dan Zakaria wafat dibunuh. Tukang sihir Firaun pula ditewaskan Nabi Musa.

Rabu � Umat Nabi Hud yang ingkar dimusnahkan Allah dengan turunnya taufan, manakala umat Nabi Salleh dihancurkan dengan teriakan kuat Malaikat Jibril.

Khamis � Nabi Muhammad mula memasuki kota Makkah, Nabi Musa dan Nabi Ibrahim berhijrah ke Mesir, manakala Nabi Yaacob bertemu anaknya Nabi Yusof di Mesir.

Jumaat � Nabi Adam berkahwin dengan Hawa, Nabi Yusof berkahwin dengan Zulaikha, Nabi Musa berkahwin dengan Siti Safurah, anak Nabi Syuib, manakala Nabi Sulaiman berkahwin dengan Siti Balqis.Rasulullah juga memilih hari itu untuk berkahwin dengan Siti Khatijah dan Aishah, manakala Ali Abu Talib berkahwin dengan Fatimah, puteri Rasulullah.

Sabtu � Nabi Isa diperdaya kaum Yahudi, Nabi Musa ditindas Firaun, Nabi Salleh ditipu umatnya dan Naib Nuh dipersendakan umatnya.


 

Ciri2 Rezeki yang Berkat

By langurangroup

Untuk mempastikan bahawa setiap rezeki yang diterima sama ada banyak atau sedikit itu mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t maka kita perlulah meneliti beberapa perkara berikut :

1. Kita tidak meninggalkan sebarang perintah Allah seperti sembahyang dan mengeluarkan zakat sepanjang tempoh kita mencari rezeki.

2. Kita tidak melakukan perkara-perkara yang dilarang dan maksiat seperti menipu, curi tulang, berjudi dan sebagainya semasa kita bekerja.

3. Kita bekerja dengan jujur dan amanah, jauh daripada niat-niat yang serong dan tujuan yang jahat.

4. Kita menjaga lidah dan anggota badan kita daripada menyakiti hati orang lain, sebaliknya sentiasa menolong orang lain bagi tujuan kebajikan.

5. Menanam keyakinan yang kuat bahawa rezeki itu ketentuan Allah s.w.t di mana manusia cuma berusaha dan berserah kepada Allah s.w.t.

 

Alhamdulillah...bersyukurlah

By langurangroup

Kadang2 kita lupa,

Kita lahirnya dari air yang hina

Tapi kita sangat beruntung…

dilahirkan kan dalam keluarga islam,

tergolong dalam umat yang terbaik…

Usman bin Affan bin Dahaak bin Muzahim daripada Abbas ra, bapa saudara Rasulullah SAW dari Rasulullah SAW telah bersabda, yang bermaksud:

“Aku adalah orang (manusia) yang paling awal dibangkitkan dari kubur (bumi) pada hari kiamat yang tiada kebanggaan. Bagiku ada syafaat pada hari kiamat yang tiada kemegahan. Bendera pujian di tanganku dan nabi-nabi keseluruhannya berada di bawah benderaku. Umatku adalah umat yang terbaik. Mereka adalah umat yang pertama dihisab sebelum umat yang lain. Ketika mereka bangkit dari kubur, mereka akan mengibas (membuang) tanah yang ada di atas kepala mereka. Mereka semua akan berkata: “Kami bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan kami bersaksi bahawa Muhammad itu Rasulullah. Inilah yang telah dijanjikan oleh Allah Taala serta dibenarkan oleh para rasul.”

Subhanallah…

Kita mendapat pendidikan dan kasih sayang yang sempurna..

tinggal dalam keadaan aman, tanpa peperangan,

Tapi kita jarang bersyukur kepada Allah…

Malah melakukan perbuatan yang dilarangnya…

Tapi Allah ada berfirman…

“ Jika hambaKu datang kepadaKu dengan jarak satu hasta, maka Aku pergi kepadanya dengan satu siku, sekiranya ia datang kepadaKu dengan berjalan, Aku akan menyambutnya dengan berlari… “

Ya Allah….. Betapa sayangnya Mu terhadap kami…

Ya Allah… Kau ampunilah dosa kami, sesungguhnya kami adalah hamba yang hina lagi lemah…

 

(Petikan daripada Kuliah Dhuha/Zohor Ust Abdullah Mahmud di Ibu Pejabat BIMB berdasarkan hadis-hadis nabi riwayat Al Baihaqi, Termizi & Ibn Hibban)

Kita diwajibkan menjaga kesihatan tubuh badan agar sentiasa sihat kerana ia adalah amanah daripada ALLAH S.W.T... ..

Makanan yang tidak boleh dicampur dalam satu hidangan
1. Susu dgn ikan
2. Cuka dgn susu
3. Buah-buahan dgn susu
4. Daun salad dgn ikan
5. Bawang putih dgn bawang merah (jika dicampur boleh menyebabkan lumpuh, bawang besar jika dimakan selama 40 hari berturut-turut boleh menyebabkan bintik hitam di muka)
6. Daging segar dgn daging kering
7. Benda masam dgn benda berasid seperti cuka
8. Cuka dgn nasi
9. Buah delima dgn serunding
10. Telur dgn ikan.

**Semua ini jika diamalkan boleh menyebabkan penyakit Lumpuh dan stroke.

**Tidur seketika (10-15min) sebelum zohor boleh mengembalikan tenaga!!

Perkara yg perlu dielakkan untuk menjaga kesihatan tubuh badan.

1. Jangan mandi air suam selepas makan kenyang.(paling bahaya drp cara pemakanan diatas)
2. Senaman sebelum makan.
3. Jangan senaman atau berjalan selepas makan tengahari (lebih kurang � jam)
4. Jangan makan buah selepas makan.
5. Makan buah selepas makan akan mengambil masa 8 jam untuk menghadam makanan.
6. Makan buah sebelum makan (1/2 jam sebelum makan nasi)
7. Jangan tinggal makan malam walaupun sebiji kurma
8. Makan sedikit waktu malam (awet muda,sunnah nabi)
9. Selepas makan malam kena bergerak atau berjalan sekurang-kurangnya 100 langkah.
10. Jangan tidur selepas makan akan menyebabkan sembelit.
11. Meninggalkan makan malam akan mempercepatkan tua sebelum tua.

**kalau tak makan malam, enzim akan memproses lemak dlm perut dan lemak akan menjadi bertambah lemak atau kolestrol bertambah..

 

Bersalam Dengan Bukan Muhrim

By langurangroup

1. "Zina tangan adalah meramas" (sahih Muslim : kitab taqdir jld 8/52dari Ibn Abbas ra.

2. " bahawa ditusuk kepala dgn jarum besi lebih baik dari memegang-megang perempuan yg tidak halal baginya." atTabrani dari Ma'qil bin Yassar ra (disahihkan oleh alAlbani, sahih aljami'/4921)

3. "Tidak demi Allah, tangan Rasul tidak pernah menyentuh tangan perempuan sama sekali dalam berbai'at." syaikhan (bukhari-Muslim) dari Aisyah ra

4. "Tidak, aku tidak mahu berjabat tangan dgn perempuan." Hr Malik, Nasa'iy, Ibn Majah dan Ahmad dari Umaymah bte Raqiqah (disahihkan oleh alAlbani dalam silsilah alSahihah no 529 jld 2)