Ade cikgu aku dulu “hei! Don’t click clack ur pen” …cukup terganggu dia mengajar katanya…mungkin dia betul…ntah…kawan-kawan aku kebanyakkan tak suka dengan sifatnya……..”let me finish first” satu lagi ayat lain lagi yang kurang enak kami dengar…………
So, apa pendapat engkau tentang cikgu macam ni………
Bagi aku pen jenis ni dah berapa puluh tahun (dari kita pandai pegang pen lagi) dah kita klik-klak-klik-klak pagi, petang siang dan malam.Pen yang takde tudung memang kite suke tekan bila tengah menulis, membaca mendengar dan sebagainya…sejak pen jenis ini dicipta, pelakunya seakan-akan mendapat keseronokan, melepaskan tekanan, bunyinya seperti muzik yang menyenangkan, senaman jari pun boleh.mm….pendek kata, ia sesuatu yang “ok” bagi aku..so, adakah bunyi klik-klak pen ini mengacau ketenteraman orang lain?..tidak bagi aku….engkau camana…
Jadi bila cikgu ni masuk kelas, banyak kawan kata….BORING…..yang “memancing” pun banyak termasuk lah aku….(tertidur la……) Dia telah seakan-akan membuat satu undang-undang, “DON’T CLICK CLACK UR PEN” masa dia dalam kelas…peraturan ini termasuk “let me finish first” tadi. Kebebasan dah tak ada, kebebasan yang dianggap untuk menyegarkan suasana kelas dah hilang. Ada pulak yang kata cikgu ni tak menggalakkan pelajar memberi pandangan dan sebagainya. Bila “ take 5” pegi tandas…”adoi…boring betol..” kawan aku banyak cakap macam tu.memang betol boring….
Tapi bila aku fikir balik peraturan tak rasmi tu, rasanya cikgu aku membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum buat peraturan tu…secara logik dan praktikal, dia lebih berpengalaman dari kami, Master pun dari luar negeri. Segala tuturnya semua masuk dalam telinga pelajarnya dari ayat pertama hingga akhir…sebab takde orang menyampuk sebelum dia habis cakap….ada jugak baiknya…
Sebagai pelajar, suka atau tidak, kena ikut irama dan lagu orang yang in-charge..hehehe…setiap kejadian ada hikmah. Makna kata, ada sesuatu kejadian atau hasil atau natijah yang baik akan berlaku kepada kita bila sesuatu perkara kita hadapi………mungkin sekarang kita belum faham tapi aku yakin sampai masa nanti kita akan dapat tahu…
SABAR……………….

“sesungguhnya dalam dirimu terdapat dua hal yang Allah menyukai keduanya itu, iaitu Al-Hilm dan Al-Anaatu (Sabar dan tenang)” (hadis riwayat Muslim)