languran

FADHILAT BULAN SYAABAN

Posted In: . By langurangroup

Syaaban membawa maksud berpecah-pecah. Ada yang berpendapat, ini kerana pada ketika itu, bangsa Quraisy terpaksa berpecah-pecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari air di padang pasir. Ada pula yang berpendapat ia membawa maksud pemisah kerana Syaaban adalah pemisah antara bulan Rejab dan Ramadhan.

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:

“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Rasulullah s.a.w menjawab, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).

Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Bulan Syaaban dianggap merupakan bulan yang baik untuk kita meminta keampunan daripada Allah, serta memperbaiki diri dari segala macam cela. Dan bersedia untuk bulan Ramadhan yang menyuci dan membersihkan jiwa kita.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:

“Keutamaan bulan Syaaban ke atas bulan-bulan yang lain adalah seperti keutamaan aku di atas semua nabi-nabi yang lain, sedangkan keutamaan bulan Ramadan ke atas semua bulan yang lain adalah seperti keutamaan Allah Taala ke atas makhlukNya.”

Nisfu Syaaban

Di dalam bulan Syaaban juga terdapat satu malam yang penuh rahmat, iaitu Malam Nisfu Syaaban. Pada malam ke-15 bulan Syaaban ini, doa menjadi sangat mustajab.

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:

“Barangsiapa yang menghidupkan malam dua hari raya dan malam pertengahan bulan Syaaban, maka hatinya tidak mati biarpun semua hati mati ketika itu.”

Umat Islam disarankan untuk menghidupkan malam ini dengan membaca surah Yaasin sebanyak 3 kali selepas solat maghrib.

* Bacaan pertama diniatkan mohon panjangkan umur dalam mentaati Allah, kemudian dibaca doa-doanya. * Bacaan kali keduanya dengan diniatkan diluaskan Allah rezekinya yang halal dan diberkati-Nya, kemudian lalu dibacakan doa-doanya. * Kemudian bacaan ketiga pula serta diniatkan minta ditetapkan iman dan mati dalam iman, kemudian dibacakan doa-doanya.

Namun jangan lupa agar kita membaca dengan penuh tenang dan tidak terkejar-kejar.

Pada malam Nisfu Syaaban, telah datang Jibril kepada Rasulullah s.a.w lalu katanya:

“Angkat kepalamu kelangit, itulah malam yang dibukakan Allah padanya tiga ratus pintu rahmat dan diampunkan Allah sekalian orang yang tiada menyekutukan (syirik) dengan-Nya sesuatu, kecuali tukang nujum, kekal di dalam zina, kekal minum arak, durhaka terhadap ibubapa.” (Al-Hadis)

Puasa Sunat di bulan Syaaban

Pada bulan ini, digalakkan bagi kita untuk memperbanyak Puasa Sunat. Rasulullah s.a.w sendiri lebih gemar berpuasa sunat pada bulan Syaaban.

Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud:

“Sesiapa yang berpuasa 3 hari pada permulaan Syaaban, 3 hari pertengahannya dan 3 hari pada akhir Syaaban, maka Allah swt mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti beribadat tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka matinya seperti orang mati syahid.”

Sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud:

“Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak, dan puasa yang lebih afdal sesudah (selain) Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban” (Al-Hadis)

1 hari berpuasa di bulan Syaaban akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi taulan nabi Yusof di dalam syurga, dan diberi pahala seperti pahala nabi Ayub dan Nabi Daud.

Sesiapa yang berpuasa sebulan pada bulan Syaaban, dipermudahkan Allah kepadanya Sakaratulmaut, dilepaskan kegelapan dalam kubur, dilepaskan daripada huru-hara Mungkar dan Nangkir, ditutup keaibannya di akhirat nanti dan diwajibkan syurga baginya.

Sesiapa yang berpuasa pada awal Khamis di bulan Syaaban dan akhir Khamis di dalam Syaaban, dimasukkannya dalam syurga. (Hadis Rasulullah yang dipetik dari kitab al-Barokah)

Doa, Zikir & Selawat ke atas Rasulullah s.a.w

Bulan ini juga kita digalakkan untuk membanyakkan doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah s.a.w.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Barang siapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertakwa kepada Allah, taat kepadaNya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah swt akan mengampuni segala dosanya dan menyelamatkannya pada tahun tersebut dari segala macam bencana dan penyakit.” (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa’izhin)

Bertaubat

Sangat digalakkan untuk mempernyak bertaubat pada bulan ini. Ini bagi memperbaiki diri dari segala cela, agar bersedia untuk bulan Ramadhan yang menyuci dan membersihkan jiwa kita.

Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:

“Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu.”

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Syaaban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani) (Al-Hadis)


Oleh itu, diharapkan agar kita dapat bersama-sama memperbanyakkan amalan yang baik ini di bulan Syaaban. Banyak fadhilat dan kelebihan yang dijanjikan oleh Allah kepada kita, insyaAllah

 

ALAM MAHSYAR

Posted In: . By langurangroup

ALAM MAHSYAR

1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yg lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa”. Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yg kembang membesar dari biji benih.

5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah Ta’ala. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

10. Terdapat satu kolam ( حوض ) kepunyaan Nabi Muhammad s.a.w. bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

1. Pemimpin yang adil.

2. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

3. Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.

4. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

6. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah Ta’ala. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah saw. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad s.a.w. ke hadrat Allah Ta’ala. Lalu diperkenankan doa baginda.

14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

15. ‘Arasy ( عرش ) ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

16. Kursi ( كرسي ) iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang. Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

18. Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

19. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad s.a.w., dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

20. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

21. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

22. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

23. Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

24. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata-kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

25. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

26. Syafaat Nabi Muhammad s.a.w. di akhirat :

a. Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

b. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

c. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah Ta’ala.

27. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

28. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

29. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

30. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan:

Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

 

KUBUR PENEBUS RASA BERSALAH

Posted In: . By langurangroup

PERINGATAN : Kubur penebus rasa bersalah

Abah berwasiat supaya kubur abah dan mak jangan dijadikan mangsa "penebus
rasa bersalah" anak-anak.

Maksudnya begini:

Semasa ibu dan bapa masih hidup, anak-anak mengabaikan tanggungjawab
mereka atas pelbagai alasan (sila rujuk kitab-kitab muktabar tentang
tanggungjawab anak terhadap ibubapa) - alasan sibuk dengan urusan dunia
yang tak akan habis sampai bila-bila, sibuk dengan urusan anak,
isteri/suami masing-masing, sibuk dengan itu dan ini, hingga lah
"tiba-tiba" salah seorang atau kedua-dua ibubapa mereka diperintah Allah
untuk kembali kepadaNya... .. (sebenarnya tak ade kematian yang mengejut
atau tiba-tiba - setiap kematian itu telah dirancang Allah lama sebelum
manusia itu dijadikanNya. ... "tiba-tiba" itu hanya "tuduhan" manusia
kerana bukankah kita rasa seronok hidup! Malahan pujangga dengan angkuhnya
mendeklamasikan "aku mahu hidup 1,000 tahun lagi!)...

Dalam kesedihan kerana kematian mereka, timbul lah rasa bersalah si anak
kerana telah mengabaikan mereka semasa hayat, maka dilakukanlah
perkara-perkara seperti berikut:

1. upah orang bacakan Al
Quran 40 hari, 40 malam (anak tidak pulak
membacanya kerana maklum lah sibuk belaka....)

2. upah orang bina kubur yang tercantik dan terhebat ("mak/abah memang
patut diberi penghargaan ini kerana jasa mereka kepada aku"....)

3. tabur berbagai-bagai bunga atas kubur ("aku sayangkan mak/abah"... .
walhal semasa hidup mereka, sekuntum bunga pun tidak pernah dihadiahkan! )


4. cetak kitab Yaasin (siap tulis kat kulit depan "sempena kematian
ibu/bapaku tersayang... .") dan edarkan kepada masjid - macamlah surau dan
masjid tak cukup-cukup kitab Yaasin

5. buat kenduri panggil "orang masjid" bacakan doa tahlil (maklum lah,
anak tak sempat mendoakan ibubapanya. lagi pun "doa orang masjid ni lebih
berkat"....)

6. buat pelbagai kenduri "hari peringatan ke-3, ke-7, tahun ke-47....."
kematian ibubapa

7. sedekah pisang kat masjid......

8.. buat upah umrah setiap tahun (walhal dulu semasa hayat mereka,
langsung "takde bajet nak hantar mak/abah gi umrah"; lagi pun keperluan
umrah itu hanya sekali sepanjang hayat sahaja!)


Selepas itu boleh lah si anak tidur lena dan sempat pula membidas adik
beradik lain dengan berkata, "aku dah tunaikan tanggungjawab aku pada
bapak/mak. Kau tak buat ke?"

Abah panggil semua ini sebagai "sindrom penebus rasa bersalah"- kerana "
dulu aku tak buat semua itu, maka sekarang aku dah buat semua ini, jadi
aku tak bersalah lagi!".....

Kalau inilah yang bakal terjadi kepada abah dan mak, maka abah berwasiat
di sini, TAK PAYAH LAH anak-anak abah bersusah payah membuat pelbagai
justifikasi dengan sindrom penebus rasa bersalah.... . memadai lah
diselitkan satu ayat yang tak sampai satu nafas nak menyebutnya - "Ya
Allah, ampunkan lah
ibu bapa ku". Takde belanja wang ringgit, tak payah
cari orang, tak payah susahkan diri.

Sempurnakan solat (wajib untuk penebus diri sendiri masing-masing) dan doa
lah meminta apa-apa dari Allah (untuk mendapat penebus diri sendiri
masing-masing) dan selitkan lah ayat di atas(sebagai penebus diri sendiri
dan untuk keselamatan ibubapa di alam barzah dan alam akhirat).

Abah doakan apa-apa amal jariah yang abah dan mak lakukan dan apa-apa ilmu
bermanfaat yang abah dan mak ajarkan kepada sesiapa pun dan diamalkannya -
agar semua ini diterima Allah sebagi pelaburan kami di akhirat. Semoga
semua anak-anak yang lahir dari sulbi kami menyempurnakan janji-janji
mereka kepada Allah untuk menjadi hamba-hambaNya yang beramal soleh. Itu
lah 3 harta yang akan mengiringi kami ke kubur dan tinggal kekal menemani
kami sehingga kiamat...... ..

 

MAK TAK SUKA

Posted In: . By langurangroup

"Seorang anak muda sedang berbincang dengan ibunya dan berterus terang yang dia telah jatuh cinta dan ingin segera berkahwin..

Anak : "Mama.. Saya akan membawa kemari tiga orang gadis cantik dan hendak mama teka yang mana yang akan menjadi menantu mama.."

Maka pada hari berikutnya dia pun membawa ketiga gadis cantik yang di janjikan itu.. Ketiganya di persilakan duduk di atas sofa sambil berbual.. akhirnya si anak bertanya pada mamanya..

Anak : "OK.. Mama tekalah siapa yang akan menjadi menantu Mama"

Mama : "Yang berambut perang dan duduk di tengah"

Anak : "Menakjubkan sekali.. pilihan Mama tepat.. bagaimana Mama tahu?"

Mama : "sebab Mama paling tidak menyukainya!"

 

BERITA

Posted In: . By langurangroup

Berita baik merangkak perlahan, berita buruk pantas berlari

 

MAMAK DAN KPDN

Posted In: . By langurangroup

(Sekadar selingan isu kenaikan harga minyak)

Al-kisahnya pegawai KPDNHEP datang ke gerai seorang mamak teh tarik. Hajatnya nak memantau harga barangan sejajar dengan isu kenaikan harga minyak baru-baru ini. Tak semena-mena pegawai itu menegur mamak itu, "apasal awak naikkan harga teh tarik awak? Dulu saya dengar RM1, sekarang RM1.30, ada betul ka?"

Mamak dengan muka selama menjawab dengan gaya mamaknya:

"Itu betul tapi dengar dulu penjelasan saya. Saya naikkan ini ada sebab. Sebab-sebabnya adalah seperti berikut:

1. Saya janji harga ini naik sekali sahaja dalam setahun. Harga ini tak akan naik-naik lagi dalam tahun ini.

2. Harga yang naik ini masih rendah berbanding dengan harga teh tarik negara Asean lain, contoh: Singapura

3. Itu 30 sen lebih saya dapat, saya mahu cover minyak kereta saya. Sekarang minyak sudah naik 30 sen. Saya mahu jalan pergi sana, pergi sini. Siapa mahu tanggung?

MACAMMANAPUN ini tidak boleh dielakkan. Saya sudah banyak menanggung beban!!!"

 

MANA LAGI SINGGIT?

Posted In: . By langurangroup

Disebabkan di sini banyak budak2 pandai... sajer aku nak tanyer siket ler.. Cuba baca situasi kat bawah nie... dan kalu buley.. selesaikan persoalan nie.. heheheh

3 orang mamat nie nak gi melancong kat satu lokasi menarik kat TERENGGANU. Maka jumper ler mereka satu chalet kat tepi pantai dengan sewa RM 30 satu malam. Di'tontong'ler sewa tu RM 10 sorang. Maka dipasnyer duit tu sebagai bayaran kat awek kaunter tue dan kembaliler diorang kat bilik yang disewa itu.

Tiba2 awek kat kaunter tue teringat ler bahawasernyer pada ari tue ada diskaun RM 25 jer satu malam. Di pasnya kat bell boy RM 5 lagi untuk dikembalikan kepada mamat 3 orang nie tadi..

Dijadikan citer, si bell boy nie pikiaq ler.. susah RM 5 nie nak dibahagi 3.. maka dia pong amikler RM 2 dan dipasnyer RM 1 kepada setiap mamat-mamat tue tadi... Ini bermaksud sorang bayar RM 9.. betui dak .. hmm..

Cuba kita kira balik..

RM 9 + RM 9 + RM 9 + RM 2 (yang bell boy tu amik) = RM 29

Patutnyer RM 30 ler... pasal duit tue dok pi mai pi mai tang tu gak.. Abih tue...

MANER PEGI LAGI SINGGIT !!!!!